Hidup hanya sekali.

Archive for the ‘Life’ Category

Permulaan 2012.

leave a comment »

Alhamdulillah, tahun baru sudah muncul dan tahun lama pergi tak kembali hanya meninggalkan seribu satu kenangan untuk diingati mahupun harus dilupakan. Sedetik sesaat terbit dari hati hari ini untuk terus menulis meluahkan rasa dan berkongsi bila perlu. Ya, memang begitu mudah untuk meluahkan dan berkongsi secara nyata, yakni berkongsi dengan manusia tetapi bukanlah sesuatu yang mudah bilamana rasa kurang senang untuk menyusahkan telinga lain untuk mendengar repekan hati 🙂
Tahun 2012 adalah tahun yang cukup besar buat diri. Dan tahun ini juga insyaAllah akan menjadi sebuah perjalanan yang besar penuh liku dan pancaroba. Jadinya agak rugi bila tidak berkongsi bersama. Walaupun mungkin tiada yang tahu tentang kewujudan “Hidup Hanya Sekali” ini, cukuplah sekadar menulis untuk memberi peringatan kepada diri sendiri.

Bila dulu diputuskan akan kembali bila diri sudah cukup kenal erti ‘hidup’ dan ‘dunia’, rasanya diri ini sudah kenal apa itu ‘hidup’ walaupun belum cukup, dan dia merangkak untuk kenal ‘dunia’ pula.

Enam tahun bergelar pelajar perubatan, dan kini tibalah masa untuk menggalas tanggungjawab seorang doktor. Seorang doktor yang impiannya bukan saja untuk merawat penyakit secara fizikal tetapi untuk merawat manusia secara keselurahannya. Itu impian diri. Dan impian bukan sekadar impian. Impian harus disertakan dengan usaha. Dan usaha itu, biarlah pada penilaian Allah sahaja. InsyaAllah.

Cukuplah ini sebagai coretan pembuka catatan hari ini. Hari-hari pasti ada lagi =)

Advertisements

Written by deney

January 29, 2012 at 8:13 pm

Posted in Life