Hidup hanya sekali.

Bila resah.

with one comment

Bila hati dilanda beribu rasa, maka simpulkan segalanya dalam satu kata kerja, iaitu berlapang dada. Cukup senang, cukup ringkas tapi bukanlah sesuatu yang boleh dicapai oleh semua orang. Berlapang dada memerlukan kesepakatan hati dan akal. Hati supaya menerima dan redha dengan apa yang berlaku, manakala akal berfikir yang positif bahawa masih ada lagi harapan dan jalan penyelesaian kepada semua permasalahan.

InsyaAllah, berlapanglah dada dan terimalah dengan senyuman🙂

Written by deney

January 31, 2012 at 3:25 am

Posted in Bad day

Permulaan 2012.

leave a comment »

Alhamdulillah, tahun baru sudah muncul dan tahun lama pergi tak kembali hanya meninggalkan seribu satu kenangan untuk diingati mahupun harus dilupakan. Sedetik sesaat terbit dari hati hari ini untuk terus menulis meluahkan rasa dan berkongsi bila perlu. Ya, memang begitu mudah untuk meluahkan dan berkongsi secara nyata, yakni berkongsi dengan manusia tetapi bukanlah sesuatu yang mudah bilamana rasa kurang senang untuk menyusahkan telinga lain untuk mendengar repekan hati🙂
Tahun 2012 adalah tahun yang cukup besar buat diri. Dan tahun ini juga insyaAllah akan menjadi sebuah perjalanan yang besar penuh liku dan pancaroba. Jadinya agak rugi bila tidak berkongsi bersama. Walaupun mungkin tiada yang tahu tentang kewujudan “Hidup Hanya Sekali” ini, cukuplah sekadar menulis untuk memberi peringatan kepada diri sendiri.

Bila dulu diputuskan akan kembali bila diri sudah cukup kenal erti ‘hidup’ dan ‘dunia’, rasanya diri ini sudah kenal apa itu ‘hidup’ walaupun belum cukup, dan dia merangkak untuk kenal ‘dunia’ pula.

Enam tahun bergelar pelajar perubatan, dan kini tibalah masa untuk menggalas tanggungjawab seorang doktor. Seorang doktor yang impiannya bukan saja untuk merawat penyakit secara fizikal tetapi untuk merawat manusia secara keselurahannya. Itu impian diri. Dan impian bukan sekadar impian. Impian harus disertakan dengan usaha. Dan usaha itu, biarlah pada penilaian Allah sahaja. InsyaAllah.

Cukuplah ini sebagai coretan pembuka catatan hari ini. Hari-hari pasti ada lagi =)

Written by deney

January 29, 2012 at 8:13 pm

Posted in Life

What I Chose

leave a comment »

Sometimes people choose to leave not because of selfish reasons, but they know that things will get worse if they stay.

20111201-225438.jpg

Written by deney

December 1, 2011 at 10:52 pm

Posted in Uncategorized

Akan kembali.

with one comment

Akan kembali bila diri sudah tahu erti sebenar ‘Hidup’ dan kenal apa itu ‘Dunia’.

Written by deney

June 10, 2011 at 3:53 pm

Posted in Uncategorized

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.